Belajar Taekwondo | Warna Tali Pinggang Taekwondo

WARNA tali pinggang Taekwondo mempunyai maksud tersirat yang menjadi kebanggaan kepada setiap pemiliknya.

Kelab Taekwondo Koryo - Kelas Taekwondo

Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya.

Kelab Taekwondo Koryo - Kelas Taekwondo

Warna tali pinggang Taekwondo adalah:

PUTIH

Tali pinggang putih Taekwondo melambangkan permulaan suci dan bersih sepertimana pelatih baru yang belum mengenali seni Taekwondo. Kalau baru masuk Taekwondo memang dapat white belt lah dulu.

KUNING

Tali pinggang kuning Taekwondo melambangkan bumi yang tumbuhannya mula mengeluarkan pucuk dan akar sepertimana asas Taekwondo mula berkembang.

HIJAU

Tali pinggang hijau Taekwondo melambangkan tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran Taekwondo mula dibina.

Kelab Taekwondo Koryo - Kelas Taekwondo

BIRU

Tali pinggang biru Taekwondo melambangkan syurga, ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar sebagaimana latihan Taekwondo sedang berjalan

MERAH/COKLAT

Tali pinggang merah atau coklat Taekwondo melambangkan matahari atau bahaya, berharap pelatih berwaspada, mengawal diri dan menjauhi daripada musuh.

HITAM

Tali pinggang hitam Taekwondo melambangkan kematangan dan berkemahiran Taekwondo.

Kelab Taekwondo Koryo - Kelas Taekwondo

Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF.

Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil “Dan” contohnya 1st Dan, 2nd Dan, 3rd Dan dan seterusnya.

Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi Taekwondo sendiri.

Apa rasanya bila berjaya dapat tali pinggang hitam Taekwondo ni? Mestilah bangga!

Kelab Taekwondo Koryo - Kelas Taekwondo

Untuk dapatkan setiap peringkat tali pinggang Taekwondo ni kenalah ambil grading atau ujian. Kena hafal dan persembahkan Taegeuk atau pattern Taekwondo masa grading.

Kalau silap langkah boleh gagal grading. Grading tu pulak kena bayar…so kenalah buat betul-betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *