Belajar Taekwondo | Kenali Seni Mempertahankan Diri Taekwondo – Apa Itu Taekwondo?

Apa itu Taekwondo?

Taekwondo adalah seni tempur. Martial art. Seni mempertahankan diri.

  • Tae = kaki atau memijak pada
  • Kwon = genggaman tangan/kepal tangan/tinju/buku lima, penumbuk atau berlawan
  • Do = cara/kaedah atau disiplin

Satukan 3 perkataan ini menjadi Taekwondo iaitu satu seni tempur yang menggunakan kaki, tangan dan minda untuk melawan musuh.

Penggunaan “kaki dan tinju tangan” atau struktur badan lain yang diwakili oleh kaki dan tangan semasa mempertahankan diri sangat efektif melalui kaedah Taekwondo.

 

Taekwondo telah membangun semenjak 5,000 tahun yang lalu bersama perkembangan sejarah Korea dan dipanggil dengan beberapa nama berbeza sepanjang era tersebut.

Di Korea, Taekwondo mula-mulanya dikenali sebagai seni mempertahankan diri yang dipanggil “Subak” atau “Taekkyon”, dan dibangunkan sebagai kaedah latihan fizikal dan minda di dalam era pemerintahan kuno Koguryo, di bawah nama “Sunbae”.

Semasa era Shilla, seni tempur ini dijadikan tulang belakang kepada institusi Hwarangdo yang berperanan melahirkan pemimpin kerajaan yang berkebolehan pada masa itu.

Taekwondo hari ini berkongsi beberapa persamaan pada sesetengah elemen dengan seni tempur ketimuran lain tetapi selepas beberapa evolusi ke atasnya, Taekwondo telah dimajukan dengan banyak gaya berbeza berbanding yang wujud pada seni tempur negara di sekeliling Korea iaitu Jepun dan Cina.

Taekwondo memang sangat berlainan berbanding martial arts dari Asia yang lain.

  • secara fizikalnya Taekwondo sangat dinamik dengan pergerakan aktif yang merangkumi kemahiran dan formasi kaki yang mengelirukan.
  • prinsip pergerakan fizikalnya adalah baik dan selari dengan kesihatan tubuh dan minda.
  • Taekwondo memiliki pelbagai gaya serangan dan bertahan yang dinamik lagi praktikal.

Taekwondo boleh dicirikan dengan pelbagai uniti iaitu uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya (“poomsae” atau “bunga silat”), uniti konfrontasi dan uniti pecahan atau patahan.

Bila seseorang menggunakan/melakukan Taekwondo, dia harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan tatacara sosial.

 

Kaedah ini menunjukkan bagaimana dalam Taekwondo prinsip pergerakan fizikal, prinsip latihan minda dan prinsip kehidupan menjadi satu. Manakala poomsae (bunga silat) yang betul/ tepat akan membuahkan pergerakan yang bersesuaian dalam mana-mana konfrontasi selain daripada menghasilkan kekuatan serangan yang padu.

Taekwondo mendidik kita menjaga kesihatan tubuh badan dan minda selain daripada mendedahkan ahlinya kepada kaedah terbaik mengelakkan konfrontasi dan berfikiran rasional dan tenang terhadap sebarang bentuk penentangan tetapi dalam masa yang sama berupaya menamatkan konfrontasi tersebut dengan kadar yang segera jika diserang menggunakan kemahiran bertempur yang dipelajari..

 

Taekwondo adalah pemangkin kepada keharmonian dan peningkatan kualiti hidup melalui aktiviti-aktiviti pembinaan kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan pertahanan diri di dalamnya.

Sebab Taekwondo ni best maka jom lah masukkan anak-anak anda dalam kelas Taekwondo anjuran Kelab Taekwondo Koryo sir Rizman. Nak lentur buluh biar dari rebungnya!

1 Comment

  • Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh saya berminat untuk bawa masuk taekwondo ke maahad tahfiz di kg budiman meru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *